KRITERIA PENTING UNTUK MENGUKUR KEADAAN BANGUNAN WARISAN
Keywords:
Kriteria, Bangunan Warisan, Penilaian Keadaan, Purata Indeks (AI)Abstract
Ketahanan keadaan sesebuah bangunan warisan bukan terletak pada penampilan unsur senibina, tetapi juga dalam integriti semua komponennya, ianya dianggap sebagai kriteria unik teknologi pembinaan pada masa dahulu. Walaubagaimanapun, kriteria ini terdiri daripada pelbagai dan tidak khusus. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mengukur kriteria penting keadaan sesebuah bangunan warisan di Malaysia. Data diperolehi melalui borang soal selidik dan akan dianalisis menggunakan Purata Indeks (AI) bagi menentukan kriteria mengikut tahap kepentingan masing-masing. Borang soal selidik telah diedarkan kepada pakar panel dalam bidang pengurusan bangunan warisan termasuk daripada industri dan ahli akademik. Kriteria yang telah ditetapkan akan digunakan sebagai komponen untuk membangunkan satu model kaedah baru dalam menentukan keadaan bangunan warisan di Malaysia.Downloads
Published
2019-07-29
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Sains Sosial is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Sains Sosial. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.