FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TEKANAN KERJA DALAM KALANGAN ANGGOTA POLIS: SATU KAJIAN DI KEM BATALION 9 PGA KUALA TERENGGANU
Keywords:
Tekanan Kerja, Anggota Polis, Polis Diraja Malaysia (PDRM)Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perbezaan faktor tekanan kerja berdasarkan demografi iaitu umur, taraf perkahwinan, gaji, taraf pendidikan, tempoh perkhidmatan, pangkat yang disandang dan tempoh menyandang pangkat sekarang dalam kalangan anggota polis di Kem Batalion 9 Pasukan Gerakan Am, Kuala Terengganu, Terengganu. Terdapat enam faktor tekanan yang dikaji iaitu halangan kerja rumah dan kerja, struktur dan iklim organisasi, peranan pengurusan, kerjaya dan pencapaian, hubungan di tempat kerja dan faktor instrinsik dalam pekerjaan. Alat kajian yang digunakan ialah Occupational Stress Indicator (OSI) oleh Cooper, C.L, Sloan, D & William, S.P (1988). Seramai 60 orang anggota telah dipilih sebagai responden bagi mewakili populasi. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min, kekerapan dan peratus manakala statistik inferensi menggunakan ANOVA Sehala. Dapatan kajian menunjukkan min bagi faktor tekanan yang tertinggi ialah faktor struktur dan iklim organisasi. Manakala faktor tekanan yang terendah ialah faktor kerjaya dan pencapaian. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor tekanan dalam kalangan responden dari aspek taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan gaji. Manakala kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor tekanan kerja berdasarkan faktor tempoh perkhidmatan. Penyelidik mencadangkan agar pihak pengurusan mengambil langkah lebih proaktif dengan memberikan pendedahan melalui pelbagai kursus dan latihan yang bersesuaian secara konsisten terutamanya latihan kemahiran pengurusan tekanan kerja kepada kakitangan bagi melahirkan kakitangan yang produktif dan inovatif.Downloads
Published
2019-07-29
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Sains Sosial is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Sains Sosial. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.