PERKEMBANGAN MAIN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK AWAL
Abstract
Main adalah aktiviti rutin yang dilakukan oleh kanak-kanak agar mencapai perkembangan yang holistik. Main dalam kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu (i) main kognitif dan (ii) main sosial. Melalui permainan kanak-kanak belajar meneroka dunia persekitaran mereka. Main membantu kanak-kanak beradaptasi dalam persekitaran budaya, masyarakat, agama dan adat resam mereka. Main adalah satu aktiviti yang bersifat spontan dan member pengalaman yang bermakna kepada kanak-kanak, ini kerana mereka membina konsep, pemahaman dan kemahiran secara semulajadi. Justeru ibu bapa dan ahli masyarakat seharusnya memberi ruang dan peluang untuk setiap kanak-kanak bermain dengan pemantauan dan bimbingan. Para ibu bapa sebaiknya menerangkan peraturan dan panduan bermain kepada kanak-kanak agar meeka belajar untuk bertanggungjawab ke atas setiap tindakan mereka.Downloads
Published
2019-07-29
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Sains Sosial is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Sains Sosial. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.