HUBUNGAN KOMITMEN ORGANISASI DAN MOTIVASI DENGAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN STAF PENTADBIRAN KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH
Keywords:
Kepuasan Kerja, Komitmen Organisasi, MotivasiAbstract
Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan komitmen organisasi dan motivasi terhadap kepuasan kerja dalam kalangan staf pentadbiran di Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT). Selain itu tujuan kajian ini juga dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dalam kalangan staf pentadbiran di KKMT. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan satu set borang soal selidik. Seramai 20 orang telah diambil sebagai sampel kajian. Bahagian A soal selidik mengandungi soalan demografi sampel bagi melihat latar belakang sampel. Bahagian B pula mengandungi instrumen Model of Organizational Measurement bagi mengukur komitmen organisasi. Bahagian C pula mengandungi instrumen Motivation of Work bagi mengukur motivasi kerja. Bahagian D pula mengandungi instrumen Measuring Managerial Satisfaction (MJSQ) bagi mengukur tentang kepuasan kerja. Dapatan kajian menunjukkan tidak ada hubungan antara komitmen organisasi terhadap kepuasan kerja, manakala terdapat hubungan antara motivasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan staf di Kolej Komuniti Masjid Tanah.Downloads
Published
2019-07-29
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Sains Sosial is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Sains Sosial. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.