TAHAP PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN REMAJA HAMIL TANPA NIKAH
Keywords:
Tahap Penghayatan Agama, Remaja Hamil Tanpa NikahAbstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk menjelaskan dengan dengan lebih mendalam mengenai Tahap Penghayatan Agama Delinkuen Dalam Kalangan Remaja Hamil Tanpa Nikah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penghayatan agama dan merungkaikan permasalahan yang dihadapi dalam kalangan Remaja Hamil Tanpa Nikah, kajian-kajian lepas dan seterusnya bertitik tolak dari Tahap Kesedaran Agama terhadap Remaja Hamil Tanpa Nikah, maka penulisan ini juga akan mengemukakan beberapa cadangan bagi memberi pendedahan kepada umum tentang Pendekatan Psikologi Dakwah terhadap remaja tersebut. Tahap Kesedaran Agama Menurut Al-Ghazali (1988), akhlak seorang manusia boleh di bentuk dan diasuh menjadi baik menerusi kaedah mujahadah (perjuangan) dan riyadah (latihan). Kaedah ini merujuk kepada kaedah pendidikan akhlak dengan meningkatkan ilmu pengetahuan agama islam dan berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan sehingga menjadi bertingkahlaku dalam kehidupan seharian. Kaedah ini dinamakan sebagai tazkiyah al-nafs (pembersihan jiwa). Hasil dari perbincangan mengenai pendekatan Psikologi dakwah dari sudut Psikoterapi Islam terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Psikoterapi dalam Al-Quran yang dibincangkan dari iman dengan akidah, takwa dan ibadah yang akan dapat merungkaikan segala permasalahan dalam kalangan Remaja Hamil Tanpa Nikah.Downloads
Published
2016-06-15
Issue
Section
VOL 1 / 2016 / 1436H
License
The content of Jurnal Sains Sosial is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Sains Sosial. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.