TAHAP KERESAHAN TERHADAP MATA PELAJARAN BAHASA ASING DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Authors

  • Noor Adawiyah Ahmad Radzi Pusat Asasi dan Pengajian Umum, Kolej Universiti Islam Melaka
  • Roslida Saat Pusat Asasi dan Pengajian Umum, Kolej Universiti Islam Melaka
  • Norainee Idris Pusat Asasi dan Pengajian Umum, Kolej Universiti Islam Melaka

Keywords:

Tahap Keresahan, Kebimbangan Komunikasi, Penilaian Negatif, Bahasa Asing

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap keresahan dan kebimbangan mempelajari bahasa Arab dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Islam Melaka. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti tahap keresahan dan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keresahan seseorang pelajar. Faktor yang dikaji ialah tahap keresahan berkomunikasi dan keresahan terhadap penilaian negatif. Maklumat kajian diperolehi melalui soal-selidik Foreign Language Classroom Anxiety Scale yang telah diadaptasi daripada Horwitz (1986) yang mengandungi 33 item untuk memenuhi matlamat dan objektif kajian. Instrumen kajian ini menggunakan skala lima berdasarkan kepada skala terendah “Sangat Setuju” kepada skala tertinggi “Sangat Tidak Setuju”. Data dianalisis secara deskriptif melibatkan penggunaan peratusan, statistik deskriptif yang melibatkan perhitungan min. Dapatan kajian menunjukkan beberapa item penting berada pada tahap tinggi dan seterusnya membantu pensyarah dalam menambahbaik aktiviti pengajaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-29

How to Cite

Ahmad Radzi, N. A., Saat, R., & Idris, N. (2021). TAHAP KERESAHAN TERHADAP MATA PELAJARAN BAHASA ASING DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA. Jurnal ’Ulwan, 6(3), 179-188. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1000