FAKTOR PENENTU KREDIT PERDAGANGAN DI MALAYSIA

Authors

  • Noor Fariza Mohd Hasini Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi, Kolej Universiti Islam Melaka
  • Nurul Aini Md Rais Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi, Kolej Universiti Islam Melaka
  • Roslinawati Ibrahim Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi, Kolej Universiti Islam Melaka

Keywords:

Kredit Perdagangan, Akaun Perlu Dibayar, Sektor Pembuatan

Abstract

Kredit perdagangan memainkan peranan penting dalam pembiayaan. Ia merupakan komponen penting dalam kewangan jangka pendek dan menunjukkan pengaruh yang besar terhadap pembangunan perniagaan. Kajian ini mengkaji faktor yang mempengaruhi kredit perdagangan ke atas firma sektor pembuatan di Malaysia dengan menggunakan sampel 83 firma yang tersenarai di Bursa Malaysia meliputi dari tahun 2016 sehingga 2019. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian STATA 14. Teknik regrasi Ordinary Least Squares (OLS) digunakan untuk menganggarkan hubungan di antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan sangat signifikan di antara struktur aset dan kredit perdagangan (akaun perlu dibayar). Keuntungan firma juga mempunyai hubungan yang positif dan sangat signifikan dengan tahap kredit perdagangan. Manakala, kajian ini tidak mendapat membuktikan secara konklusif untuk menyokong bahawa saiz firma dan usia firma mempengaruhi tahap kredit perdagangan sebagai sumber pembiayaan bagi firma sektor pembuatan yang tersenarai di Bursa Malaysia kerana hasil kajian menunjukkan hubungan yang positif tetapi tidak signifikan. Untuk kajian pada masa akan datang, adalah dicadangkan untuk mengambilkira faktor makroekonomi sebagai pembolehubah tidak bersandar kerana perubahan keadaan makroekonomi mungkin akan memberi kesan kepada tahap kredit perdagangan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-29

How to Cite

Mohd Hasini, N. F., Md Rais, N. A., & Ibrahim, R. (2021). FAKTOR PENENTU KREDIT PERDAGANGAN DI MALAYSIA. Jurnal ’Ulwan, 6(3), 189-206. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1001