FAKTOR–FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN PENGUNJUNG DI TAMAN REKREASI: SUATU KAJIAN DI MASJID TANAH, MELAKA
Keywords:
kepuasan pengunjung, pengurusan landskap, kemudahan rekreasi, alam semulajadiAbstract
Aktiviti rekreasi merupakan salah satu dalam aktiviti pelancongan dan bukanlah sesuatu yang baru dalam kehidupan manusia hari ini. Ia merupakan cara bagi seseorang individu mengisi masa lapang, bagi menghilangkan ketegangan selepas waktu kerja, dengan melakukan aktiviti yang membawa kerehatan dan pemulihan tenaga. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan pengunjung di Taman Rekreasi, Masjid Tanah, Melaka. Secara khususnya kajian ini mengenalpasti faktor pengurusan landskap, faktor kemudahan rekreasi dan faktor alam semulajadi yang mempengaruhi kepuasan pengunjung yang berkunjung di Taman Rekreasi Masjid Tanah, Melaka. Kajian yang di jalankan berbentuk kuantitatif iaitu melibatkan seramai 120 orang pengunjung dipilih menjadi responden yang pernah mengunjungi Taman Rekreasi di Masjid Tanah Melaka. Borang soal selidik telah diedarkan kepada pengunjung yang berkunjung di Taman Rekreasi Masjid Tanah, Melaka. Soal selidik lima mata digunakan bagi memperolehi data dan penyelidik telah menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 25 untuk menjalankan kajian ini. Secara keseluruhannya kajian ini merumuskan, faktor-faktor yang dikaji iaitu pengurusan lanskap, kemudahan rekreasi dan alam semulajadi adalah memberi kesan kepada pengunjung dan mereka sedar bahawa faktor-faktor ini penting dikekalkan dan dijaga untuk mengekalkan tahap kualiti kemudahan yang disediakan di Taman Rekreasi Masjid Tanah. Melaka. Kajian ini membantu pihak kerajaan negeri dan pengunjung untuk memahami lebih mendalam tentang kemudahan dan memberi manfaat terhadap kajian yang di kaji.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-12-29
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Zaid, D. S., Adenan, H., & Said, B. (2021). FAKTOR–FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN PENGUNJUNG DI TAMAN REKREASI: SUATU KAJIAN DI MASJID TANAH, MELAKA. Jurnal ’Ulwan, 6(3), 236-248. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1004
