PETUNJUK RASULULLAH SAW DALAM PENENTUAN PROSEDUR STANDARD OPERASI BAGI MENCEGAH PENULARAN PANDEMIK COVID-19

Authors

  • Amran Abdul Halim Universiti Sains Islam Malaysia Negeri Sembilan, Malaysia
  • Mohammad Fahmi Abdul Hamid Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Melaka, Malaysia
  • Shumsudin Yabi Universiti Sains Islam Malaysia Negeri Sembilan, Malaysia
  • Abdulloh Salaeh Universiti Sains Islam Malaysia Negeri Sembilan, Malaysia
  • Mesbahul Hoque Universiti Sains Islam Malaysia Negeri Sembilan, Malaysia
  • Helimy Aris Universiti Sains Islam Malaysia Negeri Sembilan, Malaysia

Keywords:

COVID-19, SOP, PKP, Virus, Penyakit

Abstract

Penularan virus COVID-19 telah banyak mengorbankan ribuan nyawa serta menjangkiti jutaan manusia telah menggusarkan hati semua manusia di dunia. Virus ini telah diisytiharkan sebagai satu penyakit global serta mula memasuki negara-negara seluruh dunia. Kes pertama dikesan positif di Malaysia pada Februari 2020. Justeru itu, pihak kerajaan telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan wabak COVID-19. Maka, artikel ini bertujuan untuk menilai SOP yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia keselariannya dengan perbahasan Sunnah Rasulullah SAW. Kajian ini memfokuskan metodologi kualitatif deskriptif dengan penelitian terhadap hadis-hadis berkaitan wabak dan kaedah pencegahan penularan wabak. Hasilnya, setiap saranan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan Malaysia melalui penetapan SOP yang dikeluarkan seperti larangan rentas negeri, penjarakan fizikal, kuarantin kendiri dan pemakaian pelitup muka adalah bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-28

How to Cite

Abdul Halim, A., Abdul Hamid, M. F., Yabi, S., Salaeh, A., Hoque, M., & Aris, H. (2021). PETUNJUK RASULULLAH SAW DALAM PENENTUAN PROSEDUR STANDARD OPERASI BAGI MENCEGAH PENULARAN PANDEMIK COVID-19. Jurnal ’Ulwan, 6(3), 99-110. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1038