PERMASALAHAN PENCAPAIAN AKADEMIK SEKOLAH RENDAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI MELAKA
Keywords:
SABK, Guru Opsyen, Akademik, MelakaAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan pembelajaran di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) peringkat sekolah rendah di negeri Melaka. Terdapat 7 buah sekolah rendah SABK di Melaka. Seramai 80 responden terlibat dalam kajian ini. Tujuan pembentukan SABK bukan sahaja melahirkan warganegara yang baik tetapi juga meliputi pembentukan modal insan yang lengkap dari segi kehidupan beragama dan duniawi. Di samping itu, pendidikan yang berlandaskan ajaran Islam juga ditujukan melahirkan manusia soleh yang dapat memenuhi keperluan dunia dan kehidupan di akhirat. Kajian merupakan kajian kuantitatif dan data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan frekuensi dan peratusan telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pentadbiran sekolah mengurus kelas peperiksaan termasuk agihan jadual kelas SABK dengan baik. Walau bagaimanapun, dalam aspek fasiliti, 80% guru masih kurang berpuashati. Kekurangan guru opsyen bagi subjek kritikal merupakan masalah utama guru-guru apabila kesemua bersetuju dengan permasalahan ini. Peningkatan tadbir urus sekolah serta penambahan fasiliti pembelajaran yang lebih efisien adalah dicadangkan bagi meningkatkan pencapaian SABK di dalam peperiksaan utama.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-12-28
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Baba, R., Omar, M. N., Muhammad Nor, N. Z., & Hassan, J. (2021). PERMASALAHAN PENCAPAIAN AKADEMIK SEKOLAH RENDAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI MELAKA. Jurnal ’Ulwan, 6(3), 261-270. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1039
