KONSEP HIFZ AL-BI’AH DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA ALAM: SATU SOROTAN AWAL

Authors

  • Muhammad Hilmi Mat Johar Fakulti Keilmuan Islam Kolej Universiti Islam Melaka
  • Khairul Azhar Meerangani Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • S Salahudin Suyurno Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Adam Badhrulhisham Fakulti Keilmuan Islam Kolej Universiti Islam Melaka

Keywords:

Pengurusan Risiko, Bencana Alam, Hifz Al-Bi’ah, Kelestarian

Abstract

Fenomena bencana alam merupakan suatu peristiwa atau kejadian yang melanda seluruh pelusuk bumi sama ada di kawasan yang mendatar, landai mahupun di cerun. Bencana alam yang berlaku boleh meragut ribuan nyawa manusia, kemusnahan tempat tinggal, kehilangan harta benda dan kerosakan alam sekitar. Dalam hal ini, Islam telah menyediakan pelbagai panduan berhubung tatacara pengurusan alam sekitar yang komprehensif dan lestari. Justeru, kajian ini bertujuan meninjau implementasi konsep hifz al-bi’ah dalam pengurusan risiko bencana alam. Kajian dilakukan secara kualitatif menerusi sorotan terhadap data kepustakaan klasik dan kontemporari serta laporan-laporan berkaitan bencana alam di Malaysia. Konsep hifz al-bi’ah merupakan antara matlamat penting bagi merealisasikan al-daruriyyat al-khams dalam pengurusan alam sekitar. Pengurusan risiko bencana alam berpandukan teori ini bersifat holistik dan komprehensif dengan penekanan bukan sahaja terhadap unsur fizikal dan material, bahkan turut memfokuskan aspek spiritual bagi memastikan kelestarian sumber alam selain meminimumkan risiko bencana alam terhadap manusia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-28

How to Cite

Mat Johar, M. H., Meerangani, K. A., Suyurno, S. S., & Badhrulhisham, A. (2021). KONSEP HIFZ AL-BI’AH DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA ALAM: SATU SOROTAN AWAL. Jurnal ’Ulwan, 6(3), 271-281. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1040