PRESTASI PERKHIDMATAN INOVATIF PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA
Keywords:
Prestasi Perkhidmatan Inovatif, Motivasi, Perkongsian Pengetahuan, Budaya BerpasukanAbstract
Kajian ini dibuat untuk mengkaji faktor penyebab kepada prestasi perkhidmatan inovatif dan menganalisis kaitan antara perkongsian pengetahuan, budaya berpasukan dan motivasi dengan prestasi perkhidmatan inovatif. Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan diedarkan sebanyak 159 set secara rawak kepada pekerja pihak berkuasa tempatan yang meliputi semua jabatan di Johor dan Pahang secara bersemuka tetapi hanya 122 sahaja yang diterima balik dengan kadar maklum balas sebanyak 76.73 peratus. Soalan soal selidik tersebut meliputi prestasi perkhidmatan inovatif, perkongsian pengetahuan, budaya berpasukan, motivasi dan soalan berkaitan demografik. Perisian yang digunakan adalah SPSS (Statistical Package for Sosial Science) untuk menilai hubungan antara prestasi perkhidmatan inovatif dengan perkongsian pengetahuan, budaya berpasukan dan motivasi. Analisis regresi dan korelasi pearson digunakan untuk menentukan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut. Keputusan kajian menunjukkan bahawa perkongsian pengetahuan, budaya berpasukan dan motivasi mempunyai hubungan yang signifikan terhadap prestasi perkhidmatan inovatif. Oleh itu, adalah dicadangkan bahawa pekerja dalam organisasi pihak berkuasa tempatan perlu memastikan pengetahuan dikongsi dan dijadikan amalan, pihak majikan pula perlu menumpukan kepada prestasi individu untuk mewujudkan kesan positif dalam organisasi. Kesimpulannya, kesan daripada perkongsian pengetahuan, budaya berpasukan dan motivasi yang tinggi menyebabkan prestasi perkhidmatan inovatif bertambah cemerlang dan dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-10-21
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Ali, N. M., Shaaibi, N. N., Hamzah, M., Mohamed Noor, H., Mat Salleh, S., Mohamed Nor, R., & Sulong, R. (2022). PRESTASI PERKHIDMATAN INOVATIF PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA. Jurnal ’Ulwan, 7(1), 83-97. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1134
