WACANA ILMU TAHIRAT DALAM PENGAJIAN AL-QIRAAT: ANALISIS TERHADAP METODOLOGI IBN AL-JAZARI DALAM KITAB AL-NASHR
Keywords:
Ibn al-Jazari, al-Nashr, Tahrirat, Jam‘ Qira’at, IfradAbstract
Kitab al-Nashr merupakan kitab yang mengumpulkan tariq secara universal dan membincangkan segala bentuk-bentuk bacaan dan wajah jika dibandingkan dengan Tariq al-Shatibiyyah. Manakala Ilmu Tahrirat pula berfungsi sebagai neraca yang menyaring semula segala Qira’at, Riwayat, Tariq dan Wajah yang terdapat dalam al-Nashr agar tidak berlaku pertindihan dan percampuran dalam empat perkara tersebut ketika membaca al-Quran. Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk menjelaskan hubungan al-Nashr dan Ilmu Tahrirat. Seterusnya menyingkap sejarah kemunculan Ilmu Tahrirat serta perkaitannya dengan sistem talaqqi dan mushafahah samada secara Ifrad mahu pun Jam‘. Kajian ini berbentuk kualitatif. Kaedah pengumpulan data adalah melalui metod penyelidikan kepustakaan. Kajian ini bertujuan memperkenalkan Ilmu Tahrirat sebagai ilmu yang penting sekaligus mengoptimumkan penggunaan wajah-wajah bacaan al-Quran berdasarkan panduan Tahrirat yang sahih. Kajian juga memperlihatkan bahawa pada permulaan tahun 400 Hijrah adalah tahun kerancakan Talaqqi Qira’at secara Jam‘ dan ilmu Tahrirat pula sudah pun dipraktikkan secara teori dan juga amali.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-12-27
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mustaffa, M., & Nasir, K. (2022). WACANA ILMU TAHIRAT DALAM PENGAJIAN AL-QIRAAT: ANALISIS TERHADAP METODOLOGI IBN AL-JAZARI DALAM KITAB AL-NASHR. Jurnal ’Ulwan, 7(2), 1-16. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1150
