FAKTOR-FAKTOR PENTAFDILAN ANTARA QIRA’AT MUTAWATIRAH

Authors

  • Sabri Mohamad Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor
  • Mohd Faizulamri Mohd Saad Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor
  • Hamdi Ishak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor
  • Haziyah Hussin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor

Keywords:

Qira’at Mutawatirah, Pentafdilan

Abstract

Isu melebihkan atau mentafdilkan antara sesama Qira’at Mutawatirah telah menjadi topik yang hangat di kalangan ulama. Bagi golongan yang mentafdilkannya walaupun bermacam istilah yang digunakan seperti dengan istilah lebih kuat, lebih rajih, lebih baik dan bermacam lagi, namun semuanya menunjukan kepada adanya gerakan ‘melebihkan’ antara sesama Qira’at Mutawatirah. Justeru itu kertas ini akan membahaskan dan mengenal pasti apakah faktor-faktor atau sebab-sebab yang mendorong sesetengah ilmuan Islam mentafdilkan antara pelbagai wajah bacaan Qira’at Mutawatirah. Artikel ini juga turut mengemukakan secara ringkas pandangan beberapa kelompok ulama Islam terhadap isu ‘melebihkan’ ini. Pendekatan penghasilan kertas ini ialah melalui kajian kepustakaan yang akan mengumpul semua maklumat yang berkaitan dengan faktor-faktor pentafdilan dan akan di analisa secara kritis. Hasil penulisan menunjukan ada sembilan faktor yang mendorong sebilangan ulama melebihkan atau mentafdilkan antara sesama wajah Qira’at Mutawatirah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-27

How to Cite

Mohamad, S., Mohd Saad, M. F., Ishak, H., & Hussin, H. (2022). FAKTOR-FAKTOR PENTAFDILAN ANTARA QIRA’AT MUTAWATIRAH. Jurnal ’Ulwan, 7(2), 17-29. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1151