APLIKASI FAWASIL AL-QURAN DALAM MANUSKRIP AL-QURAN DI ALAM MELAYU
Keywords:
Fawasil, Fasilah, Manuskrip Al-Quran, Alam MelayuAbstract
Penulisan dan penyalinan ayat-ayat suci al-Quran telah pun bermula sejak zaman Baginda s.a.w. Ia merupakan satu tradisi yang berlaku hingga ke hari ini. Pelbagai inovasi dalam penandaan bacaan al-Quran telah diperkenalkan yang dipelopori oleh Abu Aswad al-Duali bagi harakah yang bewarna merah (wafat 688M). Penandaan fasilah bagi ayat al-Quran tidak terlepas melalui beberapa fasa perubahan yang berlaku terhadap manuskrip-manuskrip al-Quran dalam dunia Islam. Artikel ini bertujuan mengaklafikasikan tanda-tanda fasilah yang digarap oleh para penyalin berdasarkan manuskrip-manuskrip al-Quran yang terdapat di Alam Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang berasaskan rekabentuk analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa corak tanda fasilah yang diaplikasi oleh para penyalin sebanyak 5 bentuk iaitu (1) bulatan, (2) titik, (3) tanda (‘), (4) tanda huruf dan (5) tanpa sebarang tanda. Berdasarkan hasil kajian ini adalah dicadangkan untuk dilakukan kajian lanjutan berdasarkan sumber mengambilan teori terdapat kepelbagaian tanda fasilah tersebut.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-12-27
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Kadir, M. N., & Mohd Saad, M. F. (2022). APLIKASI FAWASIL AL-QURAN DALAM MANUSKRIP AL-QURAN DI ALAM MELAYU. Jurnal ’Ulwan, 7(2), 30-43. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1152
