KERJA SAMBILAN BAGI PELAJAR TAHFIZ DALAM TEMPOH PANDEMIK: USAS SUATU KAJIAN KELANGSUNGAN HIDUP
Keywords:
Tahfiz, Kerja Sambilan, USASAbstract
Pendidikan Tahfiz merupakan pendidikan yang memerlukan tumpuan pelajar secara menyeluruh. Ia dipandang tinggi dan kini menjadi pilihan kebanyakkan lapisan masyarakat di setiap peringkat pengajian. Gejala wabak pandemik Covid-19 telah menjejaskan banyak sektor dan kelangsungan hidup manusia di serata dunia termasuklah pelajar tahfiz dan keluarga yang menanggung pengajiannya. Justeru, ada pelajar tahfiz yang ingin meringankan beban keluarga dengan mengambil langkah bekerja sambilan. Objektif yang digunakan ialah kepentingan fokus dalam pengajian tahfiz dan implikasi yang timbul daripada kegiatan kerja sambilan. Kajian ini dijalankan kepada pensyarah tasmik, pelajar jurusan Tahfiz wal Qiraat & waris pelajar, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak. Kaedah yang digunakan untuk menyiapkan projek ini ialah melalui soal selidik sebanyak dua kali. Survei pertama disertai 56 orang: 35 pelajar tahfiz dan 21 waris pelajar tahfiz dan survei kedua pula disertai 35 orang: 23 waris pelajar, 10 pelajar dan 2 pensyarah melalui pemerhatian, soal selidik dan rujukan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-12-27
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Che Ahmad, M. T. A., Sheh Yusuff, M. S., & Che Ahmad, M. S. A.-A. (2022). KERJA SAMBILAN BAGI PELAJAR TAHFIZ DALAM TEMPOH PANDEMIK: USAS SUATU KAJIAN KELANGSUNGAN HIDUP. Jurnal ’Ulwan, 7(2), 44-52. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1153
