PENDEKATAN LATAIF AL-QURANIYYAH OLEH SYEIKH ALI AL-SOBUNI MELALUI KITAB TAFSIR SOFWAH AL-TAFASIR DALAM PENTAFSIRAN SURAH-SURAH MAKKIYAH
Keywords:
Lataif Al-Quraniyyah, Syeikh Ali Al-Sobuni, Kitab Tafsir Sofwah Al-Tafasir, PentafsiranAbstract
Ciri-ciri surah Makkiyyah antaranya ialah membincangkan perihal kebenaran Hari Kiamat dan Hari Kebangkitan. Dalam memahami tafsiran ayat al-Quran, Tafsir Sofwah al-Tafasir karya Syeikh Ali al-Sobuni adalah salah satu karya kontemporari yang unik dengan mengetengahkan aspek al-lataif iaitu kehalusan makna secara tersusun. Kajian ini adalah bertujuan mengenalpasti tema al-lataif yang terdapat dalam surah-surah Makkiyah. Reka bentuk kualitatif menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap Kitab Sofwah al-Tafasir Cetakan ke-6 oleh Dar al-Sobuni menjadi metode kajian. Hasil kajian mendapati, terdapat tiga tema utama al-lataif iaitu aspek Bahasa Arab, isyarat tarbawiyah dan imaniyyah. Tema-tema ini didatangkan dalam bentuk tafsiran kepada ayat, penyebutan riwayat hadith atau hikayat. Adapun tema yang dominan disebutkan adalah isyarat tarbawiyyah diikuti isyarat imaniyyah dan aspek Bahasa Arab. Kesimpulan dari kajian ini ialah aspek al-lataif merupakan aspek yang perlu diketengahkan kerana ia menyentuh pendidikan akhlak dan iman melalui bahasa al-Quran yang halus dan mendalam agar dapat membantu meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadapnya.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-12-27
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Izham, M. U., & Mohammed Zabidi, A. F. (2022). PENDEKATAN LATAIF AL-QURANIYYAH OLEH SYEIKH ALI AL-SOBUNI MELALUI KITAB TAFSIR SOFWAH AL-TAFASIR DALAM PENTAFSIRAN SURAH-SURAH MAKKIYAH. Jurnal ’Ulwan, 7(2), 78-92. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1156
