TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN KARYA ABDUL HAYEI ABDUL SUKOR: ANALISIS RINGKAS METODE PENULISAN DAN PENTAFSIRAN

Authors

  • Siti Wahidah Mustapa Lulusan Sarjana, Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Muhd. Najib Abdul Kadir Profesor, Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Keywords:

Tafsir Pedoman Muttaqin, Abdul Hayei Abdul Sukor, metode penulisan, metode pentafsiran

Abstract

Tafsir Pedoman Muttaqin adalah sebuah karya tafsir bahasa Melayu kontemporari, dikarang oleh Abdul Hayei Abdul Sukor. Objektif kajian adalah meneliti secara ringkas latar belakang Abdul Hayei Abdul Sukor, seterusnya analisis secara ringkas juga dilakukan kepada kitab Tafsir Pedoman Muttaqin dari sudut pengenalan kitab, metode penulisan dan metode pentafsiran. Abdul Hayei Abdul Sukor dan karyanya Tafsir Pedoman Muttaqin dijadikan sebagai fokus kajian kerana, ia merupakan kitab tafsir kontemporari yang dihasilkan pada awal abad ke-21M, oleh seorang cendekiawan muslim terkemuka di Malaysia. Metode kajian menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif, yang menggunakan analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif, induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengarang menggunakan metode tafsir bi al-ma’thur dan tafsir bi al-ra’yi al-mamduh ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Pengarang juga lebih cenderung menyentuh isu-isu kemasyarakatan, terutamanya yang berkaitan secara langsung dengan individu atau dengan masyarakat serta turut mengambil kira pandangan ulama silam dan kontemporari yang terkenal di dunia Islam pada masa kini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-27

How to Cite

Mustapa, S. W., & Abdul Kadir, M. N. (2022). TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN KARYA ABDUL HAYEI ABDUL SUKOR: ANALISIS RINGKAS METODE PENULISAN DAN PENTAFSIRAN. Jurnal ’Ulwan, 7(2), 93-104. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1157