PENGESAHAN INSTRUMEN KEADILAN ORGANISASI : ANALISIS PENEROKAAN FAKTOR (EFA) DALAM KAJIAN MELIBATKAN PENSYARAH DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA DI MALAYSIA
Keywords:
Keadilan Organisasi, Analisis Penerokaan FaktorAbstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk membuat pengesahan terhadap instrumen Keadilan Organisasi yang digunakan dalam kalangan pensyarah di Institut Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia. Instrumen yang digunakan merupakan instrumen yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dari instrumen yang asal. Sebanyak 100 responden diambil untuk menguji menggunakan kaedah Analisis Penerokaan Faktor (EFA) dan kebolehpercayaan alfa cronbach. Hasil menunjukan terdapat 3 faktor dengan nilai Eigen melebihi 1.0 nilai KMO (Kaise-Meyer-Olkin) .931 > 0.06 menunjukan item-item dalam instrumen Keadilan Organisasi mencukupi untuk inter-korelasi. Seterusnya Ujian Bartlett adalah signifikan adalah signifikan. Daripada 20 item instrumen hanya 2 item sahaja yang menunjukan faktor pemberat kurang daripada 0.6 iaitu item 1 & 6 terpaksa digugurkan. Akhir sekali nilai jumlah varians yang ditunjukan hasil analisis dari 3 faktor tersebut adalah 86.878. Nilai alfa cronbach semakin bertambah selepas 2 item yang dibuang iaitu dari .981 kepada .982 . Secara keseluruhannya dapatan menunjukan bahawa item-item bagi instrumen Keadilan Organisasi dapat mengukur apa yang hendak diukur.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-12-27
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mokhtar, M. Y. O., Saludin, M. N., & Ibrahim, A. F. (2022). PENGESAHAN INSTRUMEN KEADILAN ORGANISASI : ANALISIS PENEROKAAN FAKTOR (EFA) DALAM KAJIAN MELIBATKAN PENSYARAH DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA DI MALAYSIA. Jurnal ’Ulwan, 7(2), 105-116. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1158
