PENYAMPAIAN STATUS HADIS DHAIF DALAM KALANGAN GURU TAULIAH DI NEGERI MELAKA: SATU TINJAUAN AWAL
Keywords:
Guru Tauliah, Status Hadis, Hadis DhaifAbstract
Guru tauliah merupakan penyumbang terpenting dalam pembangunan pendidikan peringkat akar umbi dalam masyarakat Islam. Namun begitu, terdapat beberapa permasalahan yang ditemui berkenaan dengan penyampaian status hadis dalam kalangan guru tauliah. Tambahan pula kedudukan hadis dhaif merupakan sesuatu perkara yang sering diperdebatkan. Maka kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau berkaitan penyampaian status hadis dhaif yang disampaikan oleh guru tauliah di masjid dan surau kepada masyarakat. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kajian tinjauan dan lapangan. Ia menggunakan dua instrumen untuk mengumpul data di lapangan sebenar. Instrumen yang digunakan adalah dengan kaedah temubual dan kaedah pemerhatian. Informan yang dipilih berdasarkan kaedah purposive dan relevan. Hasil dari temubual mendapati guru tauliah berbeza pendapat dalam menetapkan status sesebuah hadis diantara dhaif ataupun palsu pada hadis yang sama. Selain itu, pengetahuan guru tauliah berkaitan status hadis dhaif berbeza di antara mereka dan latar belakang guru tauliah yang berbeza dalam bidang pengajian merupakan antara faktor permasalahan yang berlaku. Justeru, kajian ini mendapati faktor-faktor tersebut menjadi permasalahan yang sering dihadapi oleh para guru tauliah dalam menyampaikan status hadis dhaif di masjid dan surau.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-12-27
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Shahrulail, M. A., Sudi, S., & Soroni, M. K. (2022). PENYAMPAIAN STATUS HADIS DHAIF DALAM KALANGAN GURU TAULIAH DI NEGERI MELAKA: SATU TINJAUAN AWAL. Jurnal ’Ulwan, 7(2), 117-129. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1160
