TASAWUR PEMBANGUNAN INSAN BERTERASKAN ISLAM
Keywords:
Tasawur, Pembangunan Insan Berteraskan Islam (PIBI), Al-Qur’an & Al-Sunnah, KesejahteraanAbstract
Dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi kini, masyarakat dilihat berhadapan dengan pelbagai mehnah dan cabaran. Seiring perkembangan ini, peningkatan dalam pelbagai permasalahan berlaku lebih-lebih lagi yang terkait dengan keruntuhan akhlak. Perkara ini amat membimbangkan dan dilihat mampu memberi kesan negatif kepada kesejahteraan kehidupan insan. Oleh itu, kefahaman terhadap tasawur pembangunan insan berteraskan Islam (PIBI) khususnya perlu diberi penekanan agar kesejahteraan hidup dapat dimiliki. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti tasawur PIBI dengan penelitian terhadap kajian-kajian lepas. Kajian dengan ini menetapkan dua objektif utama iaitu; pertama, mengenal pasti dan menganalisis kajian-kajian lepas berkaitan pembangunan insan berteraskan Islam; dan kedua, membina tasawur PIBI berdasarkan dapatan yang diperoleh menerusi kajian-kajian yang dirujuk. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah kajian dokumen digunakan bagi pengumpulan data dengan mengaplikasi kaedah analisis kandungan bagi tujuan penganalisisan data. Hasil kajian mendapati bahawa tasawur PIBI itu adalah bercirikan empat perkara utama iaitu; (i) al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai sumber utama; (ii) aspek PIBI merangkumi rohani, intelektual, emosi, jasmani, dan sosial (RIEJS); (iii) proses PIBI seawal usia kehidupan insan dan pemerkasaan melalui medium pelbagai; juga (iv) berpandukan tujuh prinsip utama PBI.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-12-27
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Khosim, N., Hanapi, M. S., & Ibrahim, A. (2022). TASAWUR PEMBANGUNAN INSAN BERTERASKAN ISLAM. Jurnal ’Ulwan, 7(2), 130-142. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1162
