PENGESAHAN INSTRUMEN KOMITMEN ORGANISASI : ANALISIS PENEROKAAN FAKTOR (EFA) DALAM KAJIAN MELIBATKAN PENSYARAH DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA DI MALAYSIA

Authors

  • Muhammad Yasin Omar Mokhtar Fakulti Inovasi Pengurusan & Teknologi, Universiti Melaka (UNIMEL)
  • Mohd Nasir Saludin Fakulti Inovasi Pengurusan & Teknologi, Universiti Melaka (UNIMEL)
  • Ahmad Faqih Ibrahim Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Melaka (UNIMEL)

Keywords:

Komitmen Organisasi, Analisis Penerokaan Faktor

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk membuat pengesahan terhadap instrumen Komitmen Organisasi yang digunakan dalam kalangan pensyarah di Institut Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia. Instrumen yang digunakan merupakan instrumen ‘Organizational Commitment Questionnaires’. Sebanyak 100 responden diambil untuk menguji menggunakan kaedah Analisis Penerokaan Faktor (EFA) dan kebolehpercayaan alfa cronbach. Hasil menunjukan lima faktor dengan nilai Eigen melebihi 1.0 nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin) .839 item-item dalam instrumen ini mencukupi untuk inter-korelasi. Seterusnya Ujian Bartlett adalah signifikan adalah signifikan. Kesemua item Komitmen Organisasi menunjukan faktor muatan berada di atas 0.6. Akhir sekali nilai jumlah varians yang ditunjukan hasil analisis dari lima faktor tersebut adalah 66.073. Nilai alfa cronbach nya pula adalah .890 . Secara keseluruhannya dapatan menunjukan bahawa item-item bagi instrumen Komitmen Organisasi dapat mengukur apa yang hendak diukur.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-27

How to Cite

Mokhtar, M. Y. O., Saludin, M. N., & Ibrahim, A. F. (2022). PENGESAHAN INSTRUMEN KOMITMEN ORGANISASI : ANALISIS PENEROKAAN FAKTOR (EFA) DALAM KAJIAN MELIBATKAN PENSYARAH DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA DI MALAYSIA. Jurnal ’Ulwan, 7(2), 143-153. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1192