HUBUNGAN SIKAP PELAJAR TERHADAP PENGUASAAN BAHASA ARAB
Keywords:
Sikap, Pembelajaran, Penguasaan, Bahasa ArabAbstract
Sikap merupakan satu faktor yang penting dalam pembelajaran bahasa. Sikap merupakan kelakuan, perbuatan atau pandangan terhadap sesuatu perkara. Ia mampu mempengaruhi peningkatan mahupun penurunan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Pelajar yang mempunyai sikap yang positif terhadap sesuatu perkara akan berusaha untuk membuat yang terbaik begitu juga sebaliknya. Namun begitu, sikap sahaja tidak cukup, ia perlu didorong bersama dengan motivasi dalaman dan luaran pelajar. Kajian ini dijalankan terhadap 316 orang pelajar tingkatan lima di enam buah Sekolah Menengah Arab Jabatan Agama Islam Melaka (SMA JAIM) yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Kertas kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap sikap pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Arab serta hubungannya dengan penguasaan Bahasa Arab. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan dikumpulkan menerusi set soal selidik. Dapatan kajian mendapati secara purata, skor responden bagi sikap pelajar berada pada tahap tinggi iaitu skor min 3.83. Selain itu, dapatan bagi ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan positif antara sikap pelajar dengan penguasaan Bahasa Arab (r = 0.623, p < 0.05). Justeru itu, sikap memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran Bahasa Arab dan mampu memberikan kesan positif terhadap penguasaan Bahasa Arab pelajar. Sikap boleh dipupuk dari awal pembelajaran dan disokong dengan kaedah yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-12-27
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Fadzil, N. A., Jaafar, N., & Md Rofiee, M. (2022). HUBUNGAN SIKAP PELAJAR TERHADAP PENGUASAAN BAHASA ARAB. Jurnal ’Ulwan, 7(2), 154-172. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1193
