TAHAP LITERASI KEWANGAN, MASALAH KEWANGAN DAN TEKANAN DALAM KALANGAN MAHASISWA

Authors

  • Rozita Baba Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Melaka (UNIMEL)
  • Nur Zafirah Muhammad Nor Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Melaka (UNIMEL)
  • Juwairiah Hassan Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Melaka (UNIMEL)

Keywords:

literasi kewangan, masalah kewangan, tekanan mahasiswa

Abstract

Peningkatan kos sara hidup menjadi topik perbincangan di pelbagai peringkat umur terutamanya di kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Mahasiswa seharusnya mempunyai kemahiran asas di dalam menguruskan kewangan terutamanya di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa kini bagi mengelakkan mahasiswa terjebak di dalam masalah kewangan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan kewangan, masalah kewangan serta tekanan dalam kalangan mahasiswa. Kajian yang berbentuk kuantitatif ini dilakukan dengan mengaplikasi analisis deskriptif, analisis korelasi dan regresi bagi mengenalpasti hubungan dan pengaruh literasi kewangan serta masalah kewangan terhadap tekanan pelajar. Seramai 127 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah dipilih berdasarkan persampelan rawak mudah. Data dikumpul melalui pengedaran google form berbentuk soalan tertutup dan skala likert. Hasil dapatan kajian menunjukkan hanya satu daripada dua pemboleh ubah tidak bersandar iaitu masalah kewangan mempengaruhi tekanan mahasiswa. Selain itu, skor min bagi tahap literasi mahasiswa adalah tinggi. Justeru, kajian ini diharapkan dapat membantu mahasiswa dalam mengurus amalan kewangan mereka di masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-27

How to Cite

Baba, R., Muhammad Nor, N. Z., & Hassan, J. (2022). TAHAP LITERASI KEWANGAN, MASALAH KEWANGAN DAN TEKANAN DALAM KALANGAN MAHASISWA. Jurnal ’Ulwan, 7(2), 173-190. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1194