ISU-ISU SYARIAH KONTRAK MUSHAKARAH MUTANAQISAH DALAM PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA ISLAM
Keywords:
syariah, Mushakarah Mutanaqisah, pembiayaan IslamAbstract
Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu syariah kontrak Mushakarah Mutanaqisah dalam pembiayaan perumahan secara Islam. Terdapat perbezaan pendapat mengenai kedudukan amalan Mushakarah Mutanaqisah sebagai kontrak pembiayaan perumahan. Perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana Islam memberi kesan dari aspek hukum syariah dan kaedah operasi Mushakarah Mutanaqisah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes jenis kualitatif berpandukan artikel-artikel yang dipilih. Analisis data pula menggunakan kaedah analisis kandungan untuk menghasilkan kesan terhadap isu Mushakarah Mutanaqisah. Hasil kajian mendapati perbahasan isu Mushakarah Mutanaqisah boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, isu teori Mushakarah Mutanaqisah sahaja. Kedua, isu terhadap amalan Mushakarah Mutanaqisah selari dengan teori Mushakarah Mutanaqisah. Ketiga, isu amalan Mushakarah Mutanaqisah tidak selari dengan teori Mushakarah Mutanaqisah. Selanjutnya kajian ini mencadangkan penelitian mendalam terhadap kesan isu-isu Mushakarah Mutanaqisah dalam pembiayaan perumahan perlu dikaji dengan mendapatkan data secara temu bual bersama industri.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-12-27
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Ramli, R., & Salleh, A. D. (2022). ISU-ISU SYARIAH KONTRAK MUSHAKARAH MUTANAQISAH DALAM PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA ISLAM. Jurnal ’Ulwan, 7(2), 191-204. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1243
