ELEMEN MAQASID SYARIAH DALAM PERUNDANGAN DI MELAKA

Authors

  • Suhaimi Abu Hasan Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Melaka
  • Mohd Azam Yahya Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Melaka
  • Ahmad Faqih Ibrahim Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Melaka

Keywords:

Maqasid Syariah, Perundangan Islam

Abstract

Negeri Melaka merupaka negeri yang telah mengamalkan dasar perundangan Islam sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Ini berbeza dengan amalan perundangan selepas zaman kemerdekaan yang dipengaruhi sistem perundangan British. Oleh itu, kajian ini memfokuskan perbincangan tentang elemen Maqasid Syariah untuk diimplementasikan di dalam perundangan Islam negeri Melaka. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan rekabentuk analisis kandungan yang merujuk kepada penulisan-penulisan ilmiah, artikel-artikel jurnal serta laman-laman web rasmi tertentu sebagai sumber bahan kajian yang dijalankan. Kajian ini menunjukkan bahawa Melaka merupakan sebahagian negeri di Malaysia yang mengamalkan corak pemerintahan dualisme iaitu undang-undang sivil dan Islam. Walaupun tidak sepenuhnya digunapakai perkataan hudud, takzir atau qisas secara rasmi tetapi masih terdapat kedua-dua elemen yang berpaksikan Maqasid Syariah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-27

How to Cite

Abu Hasan, S., Yahya, M. A., & Ibrahim, A. F. (2022). ELEMEN MAQASID SYARIAH DALAM PERUNDANGAN DI MELAKA. Jurnal ’Ulwan, 7(2), 241-259. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1268