TERJEMAHAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN MARITAL COMMUNICATION INVENTORY (MCI)

Authors

  • Mohd Hatta Othman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Malaysia
  • Ku Suhaila Ku Johari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Malaysia
  • Salleh Amat Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Malaysia

Keywords:

terjemahan, kesahan, kebolehpercayaan, Marital Communication Inventory (MCI)

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan Soal Selidik Marital Communication Scale (MCI) oleh Bienvenu (1970). Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Keseluruhan soal selidik ini mengandungi 46 item. Seramai tujuh orang pakar terlibat dalam proses kesahan kajian ini. Manakala, untuk mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan soal selidik, seramai 33 klien individu berkahwin terlibat di Pejabat Kaunseling, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Daerah Port Dickson. Hasil kajian menunjukkan Soal Selidik ini mempunyai tahap kesahan yang tinggi iaitu dengan indeks pekali .86 berdasarkan persetujuan pakar. Manakala nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha bagi keseluruhan item adalah .80. Sehubungan dengan itu hasil dapatan kajian, beberapa impilikasi dan cadangan telah dikemukakan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-27

How to Cite

Othman, M. H., Ku Johari, K. S., & Amat, S. (2022). TERJEMAHAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN MARITAL COMMUNICATION INVENTORY (MCI). Jurnal ’Ulwan, 7(2), 271-291. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1270