AUTENTIKASI HADITH PENSYARIATAN KHITAN WANITA: SUATU PENILAIAN SEMULA
Keywords:
khitan wanita, FGM, Sunat, hadith khitan, autentikasiAbstract
Amalan khitan wanita di Malaysia dikritik hebat kerana didakwa sama seperti amalan Female Genital Mutilation (FGM) yang diamalkan di benua Afrika. Kritikan ini rentetan daripada Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW) pada 2018 anjuran United Nations Human Rights (UNHR) yang meminta Malaysia menghentikan amalan khitan wanita tersebut. Antara dakwaan yang dilontarkan ialah amalan khitan wanita ini hanyalah sebuah tradisi dan bukan tuntutan agama. Selain itu, mereka menyangkal akan keautoritian hadith yang digunakan sebagai dalil pensyariatan khitan wanita adalah daif dan tidak berautoriti. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menilai dan mengkaji semula keabsahan dan keautoritian hadith yang dijadikan dalil pensyariatan amalan khitan wanita. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menggunakan kaedah penyelidikan historical-textual analysis yang menganalisis pendapat tokoh ulama hadith berkenaan sanad dan matan hadith. Hasil kajian mendapati, hadith berkenaan khitan wanita mempunyai pelbagai jalur yang mampu menyokong antara satu sama lain dan boleh dinaik taraf sebagai hasan li ghayrihi. Kesimpulannya, kajian ini mendapati hadith yang dijadikan dalil pensyariatan amalan khitan wanita adalah berautoriti, seterusnya mengabsahkan bahawa amalan ini merupakan sebahagian daripada syariat Islam.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2023-05-24
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mohd Ithnin, N. K., Suliaman, I., & Ibrahim, A. H. (2023). AUTENTIKASI HADITH PENSYARIATAN KHITAN WANITA: SUATU PENILAIAN SEMULA. Jurnal ’Ulwan, 8(1), 128-142. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1308
