PENGAJARAN KOLABORATIF SUBJEK CTU101 : KAJIAN KESEDARAN TERHADAP ISU LGBT DALAM KALANGAN PELAJAR UITM
Keywords:
CTU101, Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual, Maqasid SyariahAbstract
Aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) semakin menjadi ikutan dan merisaukan. Tuntutan legitimasi golongan ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong pemikiran golongan tersebut. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia (2020) telah menyatakan bahawa peningkatan kadar jangkitan HIV di negara ini secara umumnya disumbangkan oleh beberapa golongan termasuk golongan LGBT. Oleh itu, kajian ini berobjektifkan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap isu LGBT dalam kalangan pelajar UiTM. Kajian ini penting kerana subjek CTU101 menekankan topik Maqasid Syariah dan isu kemenjadian akhlak masyarakat pada hari ini. Kajian ini dijalankan kepada 200 pelajar semester pertama UiTM dengan dijalankan survey atas talian. SPSS 20 digunakan sebagai alat untuk menganalisis dapatan. Hasil kajian ini mendapati tahap pengetahuan asas dan kesedaran mengekang isu LGBT masih berada dalam skala sederhana. Ini merupakan petanda kurang baik untuk masa depan sosial belia Muslim Malaysia secara umumnya. Justeru kesedaran dan pemahaman tentang signifikan pengharaman LGBT perlu terus dilaksanakan dari akar umbi kerana seiring dengan keperluan salah satu elemen Maqasid Syariah iaitu menjaga keturunan masayarakat.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2023-05-24
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Muhammud, F. S., Jamil, A. N., & Razali, M. (2023). PENGAJARAN KOLABORATIF SUBJEK CTU101 : KAJIAN KESEDARAN TERHADAP ISU LGBT DALAM KALANGAN PELAJAR UITM. Jurnal ’Ulwan, 8(1), 204-218. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1314
