PENGARUH KEPIMPINAN DAN GANJARAN TERHADAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH MUDA UITM SABAH
Keywords:
kepimpinan, ganjaran, pensyarah, kepuasan kerjaAbstract
Kepimpinan dan ganjaran merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh kepimpinan dan ganjaran terhadap kepuasan kerja dikalangan pensyarah muda di UiTM Sabah. Dalam kajian kualitatif ini, UiTM cawangan Sabah telah dipilih sebagai organisasi kajian kes. Temubual separa struktur terhadap lapan orang pensyarah muda telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data yang utama. Selain itu, data telah dikumpulkan melalui penilitian dokumen. Seterusnya, data dianalisis menggunakan kaedah analisis data tematik. Kajian mendapati pengaruh kepimpinan seperti bersikap positif, fleksibel, bersifat terbuka dan bermotivasi dapat mempengaruhi kepuasan kerja pensyarah muda di UiTM. Selain itu, ganjaran dari sudut instrinsik dan ekstrinsik juga memberikan impak yang besar terhadap kepuasan kerja pensyarah muda du UiTM Sabah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2023-05-10
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mustapa, M., Ahmadun, M., Datu Asal, S. S., Monil, M., Ambo, N. I., & Panglima, S. N. (2023). PENGARUH KEPIMPINAN DAN GANJARAN TERHADAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH MUDA UITM SABAH. Jurnal ’Ulwan, 8(1), 60-73. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1324
