TAHAP KEPUASAN PROGRAM GEMPUR SUBUH MASJID AN-NUR DALAM KALANGAN THE NAVY PEOPLE PANGKALAN TLDM LUMUT
Keywords:
Tahap Kepuasan, Gempur Subuh, The Navy People, Pangkalan TLDMAbstract
Program Gempur Subuh (PGS) adalah salah satu program kerohanian bagi aktiviti pengimarahan Masjid an-Nur, Pangkalan TLDM Lumut. Program ini bermatlamat untuk meningkatkan penghayatan ibadah dan keagamaan kepada para anggota. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap kepuasan anggota terhadap Program Gempur Subuh, sama ada mereka berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program teresbut. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Seramai 1087 responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang diedar secara atas talian. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan peratus, min dan sisihan piawai. Tahap kepuasan anggota telah dinilai dari tiga aspek iaitu kepuasan terhadap program ceramah dan kuliah, kepuasan terhadap program solat berjemaah dan juga qiyamullail serta kepuasan terhadap tempoh masa serta kepadatan Program Gempur Subuh. Dapatan kajian mendapati secara keseluruhannya tahap kepuasan anggota terhadap aktiviti ceramah, qiyamullail, tempoh masa aktiviti dan kepadatan aktiviti dalam Program Gempur Subuh adalah di tahap sederhana. Penambahbaikan secara berterusan perlu dilakukan supaya program ini dapat memuaskan hati setiap anggota yang menghadiri program tersebut.Downloads
References
Abd, F.A., (2008) Keberkesanan Kelas Agama di Masjid Daerah Hulu Langat Selangor. Jurnal Usuluddin, 25(25), 73-88.
Ahmad Shalaby (1954). History of Muslim Education. Lubnan : Dar al-Kashashaf.
Ahmad, S., Don, Y.,Wan Abdullah, W.A.R.K., Mohd Ibrahim, M., dan Mat Husin, S.F. Penghayatan Solat dan Pengimarahan Masjid: Kajian dalam Kalangan Pelajar UUM. In: 2nd International Conference on Social Sciences Research (ICSSR 2014), 9 - 10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Aliafandy, 2015, Kisah Benar Tentera Sultan Muhammad Al-Fateh, diakses dari https://ohgosipmalaysia1.blogspot.com/2015/08/kisah-benar-tentera-sultan-muhammad-al.html
Daud, M. (2001). Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publication.
Dapat RM5, solat subuh di masjid, 2022, diakses dari https://www.kosmo.com.my/2022/07/08/dapat-rm5-solat-subuh-di-masjid/
Humni, N., Sabar,S., Khalid,M., dan Mohd Suradi, MR. (2004). Pelaksanaan Ibadah Solat Fardu di Kalangan Guru Pelatih Maktab Perguruan Batu Lintang. Jurnal Penyelidikan. 5, 1-14.
Jamsari, E.A. Tumiran,S.N.,Abu Bakar, A., dan Arifin, Z., (2010). Peranan Dan Sumbangan Institusi Masjid Dalam Pembangunan Masyarakat Melayu-Islam di Sangapura: Satu Kajian di Masjid Assyafaah, Senbawang. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 31-44
Md. Yusoff, Y., Sulaiman, M.A., 2004. Kajian Tentang Maklumbalas Masyarakat Terhadap Aktiviti Masjid-masjid di Semenanjung Malaysia. Jurnal Usuluddin 20(20), 201-222.
Mohd Noor, Fatimah Nadirah (2012) Program pembangunan insan dalam kalangan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) : masalah dan penyelesaian / Fatimah Nadirah binti Mohd Noor. Masters thesis, University of Malaya.
Muhammad, M., Carter, G.L.,(2000). Prinsip Pembelajaran Orang Dewasa. Kuala Lumpur : Utusan Publication
Nor Shahida Shahrel. 2018. Penerimaan Pendengar Terhadap Penceramah Dari Luar Negara: Kajian di Masjid Al-Falah USJ 9, Selangor.
Nurul Fatihah Sulaini, 2022, Solat Subuh, Isyak di Masjid Hadhari dapat RM7, diakses dari https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/12/1036147/solat-subuh-isyak-di-masjid-hadhari-dapat-rm7
Program Gempur Subuh, 2017, Guide Me Project Facebook, diakses dari https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1448008055272762.1073741838.1346581892082046&type=3
Sulaji, Suriyana; Hassan, Suhaila; Wan Hitam, Wan Fadhilah., 2017. Mengenalpasti Tahap Kepuasan Peserta Terhadap Pelaksanaan Kursus Pendek Di Kolej Komuniti Selandar, Melaka. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, 1(1), 132-142.
Yusmizal Dolah Aling, 2020, Latih remaja mengimarahkan masjid, diakses dari https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/595178/latih-remaja-mengimarahkan-masjid
Zamri Rajab, Muhammad Zawawi Muhammad Ali, Mohd Yusri Mustafa, Mohd Rusli Ismail,Abdullah Mohamad. 2020. Andragogi Pengajaran Kuliah Dalam Program Mengimarahkan Masjid Dan Surau Masa Kini. Conference: Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020 At: Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu Malaysia
