KRONOLOGI ASAS TAKWIM HIJRI PRAMODEN ALAM MELAYU

Authors

  • Sharifah Hamizah Syed Omar Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Malaysia & Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia
  • Nur Nafhatun Md Shariff Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Malaysia
  • Baharrudin Zainal Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam UniSZA, Terengganu, Malaysia
  • Zety Sharizat Hamidi Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Malaysia & Institut Sains, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Malaysia

Keywords:

Takwim Hijri, Hisab Urfi, Hisab Hakiki, Ijtimak Wujudul Hilal, Imkanur Rukyah

Abstract

Takwim merupakan salah satu produk falak yang telah diguna pakai sebagai sistem waktu sebagai panduan hidup seharian. Takwim Hijri telah diamalkan sejak tahun pertama dibentuk oleh para sahabat berasaskan kepada peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah sebagai tahun pertama Hijri. Namun takwim Hijri yang digunakan berbeza asas pembentukannya bergantung kepada evolusi perkembangan ilmu falak sepanjang zaman. Objektif artikel ini ialah membina satu kronologi penulisan dan asas pembentukan takwim Hijri yang diamalkan sepanjang empat abad yang mana ia mengungkap asas takwim Hijri yang sebenar menerusi 36 manuskrip dan naskhah nadir falak takwim pramoden Alam Melayu. Metodologi kajian berdasarkan kajian perpustakaan dengan mengumpulkan data dari beberapa koleksi manuskrip dan naskhah falak takwim pramoden Alam Melayu dari abad ke-17M hingga awal abad ke-20M (1693M-1957M). Kajian ini mendapati bahawa konsep hisab urfi adalah asas yang digunakan kebanyakan ulama falak pada abad ke-17M dan 18M. Manakala pada abad yang ke-19M dan 20M, penggunaan konsep hisab hakiki telah mula diamalkan dengan penghasilan beberapa naskhah penulisan dan natijah takwim tahunan berdasarkan kemajuan ilmu falak itu sendiri. Kesimpulannya, penggunaan hisab urfi ketika pramoden dilihat sudah memadai dan mengikut apa yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W berdasarkan kepada keadaan semasa itu bagi menentukan awal bulan Hijri kecuali bagi bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijah hanya menggunakan kaedah rukyah. Namun, penggunaan kaedah tersebut pada masa kini dianggap tidak releven selepas mengalami beberapa tempoh perkembangan ilmu falak selaras dengan sains dan teknologi.

Downloads

Download data is not yet available.

References

‘Abindah, A. (1998). Kitab al-Falak Wa al-Anwa’ Fi al-Turath. Amman: Dar al-Furqan.

Abdullah, S. U. (1895). Kitab al-Qowanin al-Syariyyah. Beirut: Dar al-Ilm.

Abdullah, W. M. S. ( 2005 ). Syeikh Ahmad al-Fathani Pemikir Agung Melayu dan Islam (Jilid 1). Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.

Al-Fatani, S. T. H. B. (1930). Taj al-Mulk al-Murassa bi al-Durrar wa al-Jawahir Manzumat. Egypt: Ma?ba’at Mu?taf? al-B?b al-Halab? wa Awl?duh.

Arif, R. (2020). Syekh 'Abd al-Ra'uf al-Fansuri Rekonsiliasi Tasawuf dan Syariat abad ke -17 di Nusantara. Jakarta: Kompas.

Butar-Butar, A. J. R. (2021). Warisan Ilmu Falak Sayyid Usman (w. 1331H/1913M). UMSU Press.

Drewes, G. W. J. (1977). Dierctions For Travellers OnTHE Mystic Path. Stichting Oosters Instituut.

Fathurahman, O. (2008). Tarekat Syattariyah di Minangkabau. Jakarta: Prenada Media Group.

Ghazali, A. Z. (2012). Persekutuan Tanah Melayu Merdeka, 31 Ogos 1957:Liku dan Jejak Perjuangan Patriot dan Nasionalis Menentang British. Jurnal Malaysia dari segi Sejarah (Malaysia in History), 40, 1-27.

Herlina. (2019). Knowledge Transmission of Palembang Islamic Ulama During Palembang Soultanate to Colonial Era. Journal of Malay Islamic Studies 3(2), 17-28.

Hudaidah, & Hakim, L. (2022). Etos Ilmiah Islam di Palembang Abad Ke 18-19 Masehi. Jurnal Danadyaksa Historica 2(2), 141-150.

Ilyas, M. (1996). Kalendar Islam Antarbangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail, M. S. (1995). Hisab Rukyah Awal Bulan Hijriah. Bandung: Berkah Utami.

Muhammadiyah, M. T. P. P. (2009). Pedoman Hisab Muhammadiyah. Yogyakarta: Majelis Tarjih Pimpinan Pusat Muhammadiyah.

Putri, H. T. (2013). Pemikiran Syeikh Abbas Kutakarang tentang Hisab Penentuan Awal Bulan Hijriah Institut Agama Islam Negeri Walisongi Semarang. Indonesia.

Quds, A. H. A. J. A. H. (1921). Fathu al-Rouf al-Mannan li 'amali bi Zij Al-Dakhlan.

Syukri, I. (2005). Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahir, A. H. M. (1991). Permasalahan dalam penentuan awal puasa dan hari raya : pandangan dari sudut hukum syarak, falak syarii dan astronomi moden Unit Penerbitan Akademik, Universiti Teknologi Malaysia.

Taib, M. K. M. (1987). Takwim Hijriah Khairiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainal, B. (2004). Ilmu Falak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

________. (2010). Grafisejarah Falak Rumpun Melayu Melalui Kajian Teks Utama. Menemui Matematik (Discovering Mathematics), 32(1), 57-74.

________. (2016). Pentahkikan Naskhah Falak Alam Melayu. Shah Alam: Jabatan Mufti Selangor.

Downloads

Published

2023-12-22

How to Cite

Syed Omar, S. H., Md Shariff, N. N., Zainal, B., & Hamidi, Z. S. (2023). KRONOLOGI ASAS TAKWIM HIJRI PRAMODEN ALAM MELAYU. Jurnal ’Ulwan, 8(3), 163-179. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1548