TINGKAT-TINGKAT KEYAKINAN ILMU DALAM ISLAM: SUATU PENELITIAN AKSIOLOGI

Authors

  • Mohd Syahmir Alias

Keywords:

Tingkat Keyakinan, Ilmu, Aksiologi Islam, Tabayyun, Tawakkal

Abstract

Pencarian ilmu adalah aktiviti yang bertujuan mencapai kebenaran yang memberi keyakinan hakiki. Berdasarkan bidang falsafah, segala yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dibahaskan dalam aspek teori ilmu atau epistemologi. Walau bagaimanapun, perbahasan dari aspek tersebut turut memberi kesan kepada aspek teori nilai atau aksiologi. Hal ini kerana, keyakinan ilmu mempunyai tingkatannya yang tersendiri. Tingkat-tingkat inilah yang dinilai dari aspek aksiologi. Oleh itu, makalah ini bertujuan mengenal pasti tingkat-tingkat keyakinan ilmu dalam Islam, dan seterusnya meneliti konsep nilai penting yang terdapat dalam pemeringkatan tersebut. Berdasarkan kajian dokumen yang dilakukan, data yang diperoleh daripada beberapa ayat al-Qur?an, tafsir al-Qur?an, Hadith, buku, dan artikel berkaitan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasilnya, makalah ini menemukan dua bentuk tingkat keyakinan ilmu iaitu tingkat-tingkat positif dan tingkat-tingkat negatif. Walaupun terdapat tingkat-tingkat keyakinan ilmu yang negatif, ia dapat dihilangkan dengan nilai tabayyun dan tawakkal agar mencapai tingkat keyakinan ilmu yang positif. Kedua-dua nilai inilah yang menjadi kunci kepada aksiologi dari sudut tingkat-tingkat keyakinan ilmu dalam Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-12-29

How to Cite

Alias, M. S. (2017). TINGKAT-TINGKAT KEYAKINAN ILMU DALAM ISLAM: SUATU PENELITIAN AKSIOLOGI. Jurnal ’Ulwan, 2(1), 1-18. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/176