ANALISIS PENGAPLIKASIAN AMALAN QALBU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Keywords:
Penerapan, Amalan, Qalbu, Pengajaran, PembelajaranAbstract
Manusia merupakan ciptaan Allah yang diiktiraf sebagai sebaik-baik kejadian. Selain itu, manusia juga merupakan makhluk yang terdiri daripada dua elemen iaitu fizikal dan roh. Elemen fizikal itu sebagai diri haywaniyyah (haiwan), manakala elemen roh sebagai diri natiqah (rasional). Simbiosis antara kedua-dua elemen inilah menjadikan manusia itu lengkap sebagai satu manusia. Kedua-duanya saling bergantungan antara satu sama lain untuk memberi makna kepada kehidupan. Sekiranya salah satunya tiada atau kepentingan salah satunya terabai, maka manusia tidak lagi cukup sebagai seorang manusia. Dengan mengambil kira hal inilah, maka aspek pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah dan universiti perlu dibentuk agar ia dapat memenuhi elemen fizikal dan roh pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang banyak menekankan elemen fizikal dan mengabaikan elemen roh akan melahirkan pelajar yang mengukur sesuatu kejayaan itu dengan berapa banyak jumlah gred A dan tingginya gred purata yang diperoleh. Implikasinya sangat besar iaitu seseorang pelajar dianggap cemerlang apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan walaupun akhlak mereka di tahap rendah. Berasaskan isu inilah, kertas kerja ini bertujuan mencadangkan penerapan amalan qalbu dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini supaya pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu bukan sahaja berkesan, malah diberkati Allah SWT. Bagi mencapai objektif ini, kertas kerja ini hanya menggunakan data sekunder yang dikumpul melalui kajian kepustakaan. Kesemua data yang dikumpul ini dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasilnya, kertas kerja ini dapat menerapkan amalan qalbu seperti takhalli, tahalli dan tajalli dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2017-12-29
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mohamad Zaki, M. M. (2017). ANALISIS PENGAPLIKASIAN AMALAN QALBU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Jurnal ’Ulwan, 2(1), 19-42. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/177
