TADBIR URUS KOMPLEKS FALAK AL KHAWARIZMI KE ARAH PEMERKASAAN ASTROTOURISM: SATU ANALISIS
Keywords:
Tadbir Urus, Balai Cerap, AstrotourismAbstract
Institusi balai cerap di Malaysia bermula daripada tapak-tapak rasmi untuk meneliti anak bulan pada bulan-bulan tertentu dalam tahun Hijrah. Tapak-tapak rasmi cerapan ini kemudian diilhamkan dan dikembangkan untuk dibangunkan menjadi balai cerap. Sehingga kini, Institusi balai cerap saat ini tidak lagi hanya terhad sebagai tempat untuk melakukan cerapan anak bulan tetapi turut berfungsi dalam pendidikan, penyelidikan juga pelancongan sebagaimana di Kompleks Falak Al Khawarizmi, Melaka. Namun terdapat beberapa kekangan dalam menjadikan Kompleks Falak Al Khawarizmi sebagai sebuah entiti astrotourism seperti kos penyelenggaraan peralatan canggih seperti naik taraf bangunan, teleskop dan planetarium, kekurangan kesedaran awam, dan persaingan dengan lokasi lain dengan kemudahan astronomi yang lebih maju. Oleh yang demikian artikel ini bertujuan untuk meneliti sejarah dan tadbir urus Kompleks Falak Al Khawarizmi dan meneliti strategi pemerkasaan astrotourism di Kompleks Falak Al Khawarizmi. Metodologi yang digunakan adalah kajian kualitatif yang mensasarkan kepada analisis dokumen melalui kaedah dokumentasi iaitu mengumpul serta menganalisis kajian literatur. Tadbir urus yang berkesan terhadap Kompleks Falak Al-Khawarizmi boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan astrotourism di Malaysia. STrategi pemerkasaan yang dikenal pasti adalah peningkatan infrastruktur, kempen promosi, program pendidikan dan kerjasama antarabangsa. Melalui pendekatan yang sistematik dan inklusif, kompleks ini bukan sahaja dapat mempromosikan ilmu falak tetapi juga menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan pendidikan negara.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-12-27
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Muttaqin, A., Sidik, R., & Mufidah, W. I. (2024). TADBIR URUS KOMPLEKS FALAK AL KHAWARIZMI KE ARAH PEMERKASAAN ASTROTOURISM: SATU ANALISIS. Jurnal ’Ulwan, 9(2), 1-19. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1774
