ANCAMAN TERHADAP KEKUASAAN POLITIK MUGHAL DI INDIA ERA AWRANGZIB: SATU PENELITIAN SEJARAH
Keywords:
Awrangzib, Deccan, Sikh, Maratha, AhomAbstract
Setiap pemimpin semestinya menghadapi pelbagai ancaman yang boleh menggugat kekuasaan dan dominasi politiknya. Hal yang sama juga dihadapi oleh Awrangzib semasa beliau menerajui Kerajaan Mughal daripada tahun 1658 hingga 1707. Pelbagai wilayah yang bernaung di bawah Kerajaan Mughal ketika itu sering kali menimbulkan kekusutan sehingga mengancam penguasaan politik Awrangzib di India. Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut, kajian ini bertujuan untuk meneliti ancaman yang terpaksa dihadapi oleh Awrangzib, khususnya yang datang daripada pelbagai wilayah ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian sejarah dan analisis kandungan dalam proses mengumpul dan menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan wilayah-wilayah yang jauh daripada pusat pemerintahan Mughal di Delhi sentiasa mewujudkan ancaman kepada hegemoni politik Mughal, antaranya wilayah timur India, Deccan dan Punjab. Hal ini disebabkan wujudnya penentangan daripada golongan seperti golongan Ahom, Maratha dan Sikh serta kerajaan-kerajaan kecil seperti Bijapur dan Golkonda yang menolak penguasaan Kerajaan Mughal dan berusaha mewujudkan pemerintahan autonomi sendiri. Akibat daripada gejala berkenaan, Awrangzib terpaksa mengambil tindakan tegas melalui ketenteraan bagi mengatasi ancaman yang berlaku sekaligus memastikan kelestarian Kerajaan Mughal.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-12-27
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Abul Hassan Ashari, M. Z., Lubis Safian, N., Mohd. Nor, M. R., & Mat Resad, I. S. (2024). ANCAMAN TERHADAP KEKUASAAN POLITIK MUGHAL DI INDIA ERA AWRANGZIB: SATU PENELITIAN SEJARAH. Jurnal ’Ulwan, 9(2), 47-59. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1777
