KANDUNGAN ANIMASI ISLAMIK UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK: SATU TINJAUAN LITERATUR
Keywords:
Pendidikan Awal Kanak-kanak, Animasi, Kandungan Islamik, Sirah Rasulullah SAWAbstract
Animasi memainkan peranan penting dalam pendidikan kanak-kanak pada masa kini. Animasi Islamik merujuk kepada animasi yang berlandaskan nilai-nilai Islam dan sesuai untuk tontonan kanak-kanak serta keluarga Muslim. Animasi seperti ini bertujuan mendidik dan menghiburkan sambil menanamkan akhlak yang baik dalam kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, animasi berkonsepkan kandungan Islamik tidak banyak dihasilkan di Malaysia berbanding animasi-animasi lain yang tidak berkonsepkan Islamik. Oleh itu, artikel ini bertujuan meninjau kajian sedia ada berkaitan animasi yang berkonsep Islamik. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan analisis literatur. Data terkumpul dianalisis secara tematik dan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua tema utama perbincangan literatur iaitu pendidikan kanak-kanak berasaskan animasi dan kandungan animasi berkonsep Islamik. Kajian juga mendapati bahawa Sirah Rasulullah SAW berpotensi untuk diangkat menjadi kandungan animasi dan sekaligus menyumbang kepada pembentukan akhlak kanak-kanak.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-12-27
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Ismail, N. K., Zailani @ Hj Ahmad, S., Lubis, F. A., Mohd Isa, A. D., Mat Zain, F., Farid, N. F., Mat Noor, S. F., Dahlan, H. A., Che Noh, N., & Khamis, M. F. (2024). KANDUNGAN ANIMASI ISLAMIK UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK: SATU TINJAUAN LITERATUR. Jurnal ’Ulwan, 9(2), 60-70. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1778
