HALANGAN PELAKSANAAN SOLAT FARDHU DALAM KALANGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) PENGLIHATAN DI PERSATUAN ORANG-ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS) WILAYAH TERENGGANU
Keywords:
Solat, OKU Penglihatan, Halangan, Prasarana, Akses Maklumat, Sokongan.Abstract
Solat merupakan tuntutan ibadah yang menjadi kewajipan bagi setiap Muslim yang mukallaf termasuk Orang Kurang Upaya (OKU). Ibadah ini menjadi tonggak kepada seluruh ibadah lain serta memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sebagai perisai dari perbuatan keji dan mungkar. Kajian tentang pengamalan solat fardhu telah banyak dijalankan oleh para penyelidik yang menunjukkan fenomena pengabaian solat masih berlaku dalam masyarakat termasuk golongan OKU. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti halangan-halangan yang dihadapi dalam kalangan OKU penglihatan di Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Terengganu dalam memenuhi tuntutan ibadah solat. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan seramai 62 orang responden yang telah terlibat dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa halangan yang dihadapi oleh golongan OKU penglihatan dalam pelaksanaan ibadah solat berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 4.19. Halangan yang paling tinggi yang dihadapi oleh golongan ini ialah kurangnya prasarana mesra OKU yang disediakan. Justeru itu, semua pihak yang berkenaan perlu lebih peka dan cakna berkaitan isu cabaran bagi OKU penglihatan dalam perlaksanaan solat ini agar tidak berlaku pengabaian solat dalam kalangan mereka.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2017-12-29
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Bakar, N. A. L., Ishak, H., & Tengku Puji, T. I. Z. (2017). HALANGAN PELAKSANAAN SOLAT FARDHU DALAM KALANGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) PENGLIHATAN DI PERSATUAN ORANG-ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS) WILAYAH TERENGGANU. Jurnal ’Ulwan, 2(1), 43-62. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/178
