PERSEPSI HAMKA TERHADAP AMALAN KHURAFAT DI MESIR BERDASARKAN TEORI INTERAKSIONISME DALAM TRAVELOG ‘MENYUSURI LEMBAH SUNGAI NIL’

Authors

  • Nur Ain Solehah Mohd Aznan Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Firuz Akhtar Lubis Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Hamka, Khurafat, Teori Interaksionisme, Travelog, Mesir

Abstract

Amalan khurafat mampu memperdayakan manusia yang percaya dan berpegang dengannya walaupun ia bercanggah dengan hukum syarak dan akidah Islam. Kajian ini membahaskan persepsi Hamka terhadap amalan khurafat di Mesir dalam travelognya yang berjudul Menyusuri Lembah Sungai Nil. Persepsi Hamka terhadap amalan khurafat itu dianalisis dengan menggunakan teori interaksionisme. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa persepsi Hamka terhadap amalan khurafat di Mesir bertepatan dengan prinsip teori interaksionisme. Diharapkan kajian terhadap travelog nukilan Hamka akan terus dipergiatkan lantaran kekurangan perhatian terhadap karya kembaranya berbanding karya-karyanya yang lain.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-27

How to Cite

Mohd Aznan, N. A. S., & Lubis, F. A. (2024). PERSEPSI HAMKA TERHADAP AMALAN KHURAFAT DI MESIR BERDASARKAN TEORI INTERAKSIONISME DALAM TRAVELOG ‘MENYUSURI LEMBAH SUNGAI NIL’. Jurnal ’Ulwan, 9(2), 86-97. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1780