PENGLIBATAN KETENTERAAN SALJUQ ERA ALP ARSLAN (1063-1072) DALAM PERANG MANZIKERT (1071)

Authors

  • Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Ezad Azraai Jamsari Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Adibah Sulaiman Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Noorsafuan Che Noh Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah dan Peradaban Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia

Keywords:

Ketenteraan Saljuq, Alp Arslan, Perang Manzikert, ketenteraan Byzantine

Abstract

Bertitik tolak daripada kenyataan Schloemer yang menegaskan bahawa Perang Manzikert pada tahun 1071 merupakan peperangan hebat di antara tentera Islam di bawah pimpinan Alp Arslan bertempur dengan tentera Byzantine di bawah pimpinan Maharaja Romanus IV. Kelicikan Alp Arslan memanipulasi strategi pihak lawan menyebabkan tentera Byzantine yang mempunyai ramai tentera dan peralatan mencukupi tewas kepada tentera Islam. Justeru, strategi dan kelicikan Alp Arslan serta tentera Islam menjadi kunci utama kepada kemenangan Kerajaan Saljuq. Berdasarkan kenyataan tersebut, penulisan ini bertujuan untuk mengamati latar belakang Kerajaan Saljuq pada abad ke-11M, mengkaji sejarah politik dan ketenteraan Saljuq era Alp Arslan sebagai pemerintah Kerajaan Saljuq yang masyhur serta menganalisis penglibatan ketenteraan Saljuq pada zaman pemerintahan Alp Arslan khususnya dalam Perang Manzikert. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Bagi kaedah pengumpulan data, maklumat kajian ini dikumpul menggunakan analisis dokumen dengan penelitian terhadap sumber-sumber primer dan sekunder yang relevan. Manakala bagi kaedah penganalisisan data, kajian ini selanjutnya menggunakan pendekatan kritikan luaran dan dalaman bersesuaian dengan metode sejarah. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa Alp Arslan menyedari yang angkatan tentera Saljuq di bawah kepimpinannya tidak berupaya untuk mendepani kekuatan tentera Byzantine yang hampir mencecah nisbah 3:1. Oleh yang demikian, beliau memerintahkan agar angkatan tentera berkudanya untuk mengunakan taktik hit and run memandankang jumlah anggota tentera musuh yang begitu ramai namun pergerakan mereka adalah perlahan kerana faktor peralatan perang yang juga banyak.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-27

How to Cite

Raja Abdul Aziz, R. M. I., Jamsari, E. A., Sulaiman, A., & Che Noh, N. (2024). PENGLIBATAN KETENTERAAN SALJUQ ERA ALP ARSLAN (1063-1072) DALAM PERANG MANZIKERT (1071). Jurnal ’Ulwan, 9(2), 115-134. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1782