PROSEDUR TERJEMAHAN BUDAYA MATERIAL DALAM HIKAYAT ANIS AL-JALIS KARYA HIKAYAT ALF LAYLAH WA LAYLAH: SATU PEMERHATIAN AWAL
Keywords:
Prosedur Terjemahan, Budaya, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu, Hikayat Alf Laylah wa LaylahAbstract
Elemen budaya sering kali menimbulkan masalah kepada penterjemah, lebih-lebih lagi kepada penterjemah amatur. Hal ini disebabkan oleh perbezaan besar yang terdapat antara dua bahasa, iaitu bahasa sumber dengan bahasa sasaran, terutamanya yang berkait dengan linguistik dan budaya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis prosedur terjemahan yang digunakan oleh penterjemah dalam menterjemah elemen budaya material dalam cerita cerita Anis al-Jalis, iaitu sebuah cerita yang terkandung dalam Hikayat Alf Laylah wa Laylah. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dan data pula dianalisis secara deskriptif. Teori strategi terjemahan yang diperkenalkan oleh Vinay dan Darbelnet digunakan bagi mencapai objektif kajian. Dapatan menunjukkan prosedur yang digunakan hanyalah prosedur terjemahan literal. Kajian ini berjaya memberi sumbangan terhadap disiplin terjemahan dan berguna untuk para pelajar dan juga tenaga pengajar. Prosedur terjemahan perlu difahami, bahkan perlu dikuasai, di samping menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran dalam segenap segi termasuklah elemen budaya agar terjemahan yang dihasilkan mencapai objektif, iaitu untuk membantu pembaca yang tidak memahami teks asal.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-12-27
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Aminuddin, W., & Ahmad, M. (2024). PROSEDUR TERJEMAHAN BUDAYA MATERIAL DALAM HIKAYAT ANIS AL-JALIS KARYA HIKAYAT ALF LAYLAH WA LAYLAH: SATU PEMERHATIAN AWAL. Jurnal ’Ulwan, 9(2), 135-150. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1783
