FAKTOR PENYUMBANG KEPADA MASALAH PENGURUSAN HARTA PUSAKA TAK ALIH DI BAHAGIAN BAITULMAL, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
Keywords:
Punca Masalah Pengurusan Harta Pusaka, Harta Pusaka Tak Alih, Pengurusan Harta Pusaka Baitulmal, Masalah Rekod Aset Tak AlihAbstract
Masalah pengurusan pusaka tak alih di Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Johor mendapat perhatian oleh Jabatan Audit Negara Malaysia. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 (Negeri Johor Siri 1), jumlah kerugian hasil yang dihadapi oleh baitulmal adalah sebanyak RM9.72 juta. Justeru, artikel ini menganalisis punca dalaman dan luaran yang menjadi faktor penyumbang kepada masalah pengurusan harta pusaka tak alih di Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di samping mengesyorkan langkah untuk menanganinya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui instrumen temu bual dan analisis kandungan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan tiga faktor dalaman yang menyumbang kepada permasalahan tersebut, iaitu prosedur kerja pengurusan yang kurang lengkap, kelemahan sistem rekod aset, dan ketiadaan polisi perjanjian sebagai usahasama pembangunan bagi tanah secara berkongsi. Selain itu, terdapat empat punca luaran, termasuk karenah ahli waris yang menebus, ragam pemilik berkongsi dan penyewa, kenaikan nilai hartanah semasa yang sukar dikawal, serta masalah fizikal dan permukaan tanah yang dimiliki oleh Baitulmal. Berdasarkan punca tersebut, kajian mengemukakan cadangan yang berbentuk khusus untuk dilakukan oleh baitulmal iaitu penambahbaikan prosedur kerja pengurusan aset yang lebih lengkap dan mewujudkan ikatan perjanjian terhadap pembangunan bagi aset tanah milik berkongsi. Oleh itu, cadangan kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada pihak Baitulmal untuk mengatasi punca masalah yang ditemui oleh pengkaji.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-12-26
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Musliman, A. R., Zakaria, Z., & Ahmad, M. Y. (2024). FAKTOR PENYUMBANG KEPADA MASALAH PENGURUSAN HARTA PUSAKA TAK ALIH DI BAHAGIAN BAITULMAL, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR. Jurnal ’Ulwan, 9(2), 98-114. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1786
