HALANGAN EKONOMI DALAM MENUNAIKAN TUNTUTAN ZAKAT DI KALANGAN OKU PENGLIHATAN
Keywords:
Zakat, Orang Kurang Upaya Penglihatan, Halangan EkonomiAbstract
Zakat menjadi kewajipan bagi setiap Muslim yang bermatlamat dalam membasmi masalah ekonomi dan di samping merapatkan jurang golongan kaya dan miskin. Berdasarkan kepada syarat wajib zakat yang terdiri daripada tiga perkara iaitu Islam, mencukupi nisab dan haul telah menunjukkan bahawa golongan OKU penglihatan juga tidak terkecuali dalam membayar zakat. Namun, bagi golongan OKU penglihatan menghadapi kesukaran untuk melaksanakan tuntutan tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan bagi mengkaji amalan zakat di kalangan OKU penglihatan, mengenal pasti pelaksanaan kutipan zakat bagi OKU penglihatan, dan menganalisis beberapa halangan dari sudut ekonomi yang terpaksa dihadapi oleh golongan OKU penglihatan dalam menunaikan zakat. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kajian kes yang melibatkan pihak PERTIS dan MAIDAM. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur yang melibatkan 7 orang responden yang terdiri daripada pengerusi PERTIS, 5 orang OKU penglihatan dan pegawai MAIDAM. Dapatan kajian menunjukkan tidak ramai golongan OKU penglihatan yang mampu menunaikan zakat. Hal ini disebabkan kesukaran mereka dalam menjana ekonomi. Secara tidak langsung, halangan tersebut memberi kesan kepada pelaksanaan zakat dalam kalangan mereka. Kajian ini juga secara tidak langsung dapat memberi maklumat kepada pihak institusi zakat dalam memainkan peranan mereka bagi meningkatkan ekonomi dalam kalangan OKU penglihatan. Diharapkan akan ada kesinambungan daripada kajian ini dan dapat dimanfaatkan oleh setiap pihak.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2017-12-29
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Ismail @ Ghazali, N., Ishak, H., & Tengku Puji, T. I. Z. (2017). HALANGAN EKONOMI DALAM MENUNAIKAN TUNTUTAN ZAKAT DI KALANGAN OKU PENGLIHATAN. Jurnal ’Ulwan, 2(1), 63-84. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/179
