MENILAI PENGETAHUAN, PERSEPSI, DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN MEDIA KOMUNIKASI ALTERNATIF
Keywords:
Knowledge, Perception, Attitude, Communication, Alternative MediaAbstract
Media alternatif merujuk kepada platform media yang menyediakan rangkaian sosial dan menawarkan sudut pandangan yang berbeza dari media utama. Kehadiran media alternatif memperkayakan lagi landskap media dan membantu masyarakat dalam membuat keputusan yang lebih terinformasi. Dengan kemampuannya untuk menyampaikan maklumat terkini dengan cepat, media ini semakin diterima dalam kalangan masyarakat. Golongan muda, khususnya pelajar universiti, merupakan pengguna utama media alternatif berbanding kumpulan lain. Walaupun media alternatif menawarkan banyak kelebihan dalam meningkatkan komunikasi dan akses kepada pelbagai pandangan, pengguna harus berhati-hati agar tidak menyalahgunakan akses ini dengan cara yang tidak etika. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan, persepsi, dan sikap pelajar universiti terhadap penggunaan media alternatif dalam komunikasi harian mereka. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan sampel 258 daripada 287 populasi pelajar yang mengikuti kursus CTU554. Data selanjutnya dianalisis menggunakan SPSS 26 bagi membandingkan purata (min), menilai perbezaan jantina (ujian t), dan mengkaji perbezaan berdasarkan program yang diikuti (ujian ANOVA). Keputusan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap pengetahuan dan persepsi yang tinggi, tetapi sikap mereka berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya, penggunaan media alternatif yang bijak dan beretika dapat membantu pelajar dalam membina hubungan sosial yang positif, mencapai kejayaan akademik, dan mempersiapkan diri untuk masa depan yang lebih gemilang.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-12-26
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Awang, A., & Abu Bakar, R. (2024). MENILAI PENGETAHUAN, PERSEPSI, DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN MEDIA KOMUNIKASI ALTERNATIF. Jurnal ’Ulwan, 9(2), 151-169. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1790
