KAJIAN RINTIS BERKAITAN PERSEPSI GURU SEKOLAH TERPILIH DI SHAH ALAM TERHADAP ALTERNATIF PINJAMAN WANG: KEWANGAN ISLAM VS. KONVENSIONAL
Keywords:
Kajian Rintis, Guru, Shah Alam, Pembiayaan Islam, KonvensionalAbstract
Kajian ini dilakukan untuk menilai persepsi guru-guru dari sekolah-sekolah terpilih di Shah Alam terhadap alternatif melakukan pinjaman wang, dengan penekanan pada perbandingan antara kewangan Islam dan konvensional. Kajian ini melibatkan pengumpulan data melalui soal selidik yang diedarkan kepada 100 orang guru, dengan tujuan untuk memahami pandangan mereka mengenai produk kewangan Islam dan pinjaman konvensional. Analisis data seterusnya dilakukan menggunakan SPSS versi 26 untuk membandingkan purata (min), menilai perbezaan jantina melalui ujian-t, dan mengkaji perbezaan berdasarkan demografi responden dengan menggunakan ujian ANOVA. Kajian ini mendapati bahawa pengetahuan dan kesedaran yang tinggi di kalangan guru mengenai prinsip-prinsip pinjaman melaui pembiayaan kaedah Islam. Namun masih wujud kebimbangan dan kekeliruan dalam memilih antara kedua-dua jenis pinjaman tersebut. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa sikap guru lebih cenderung untuk memilih produk kewangan Islam disebabkan oleh kesesuaian dengan prinsip syariah, tetapi mereka juga mengakui kelebihan dalam produk konvensional dari segi kemudahan dan aksesibiliti. Kajian ini menyarankan perlunya pendidikan lanjut mengenai kewangan Islam dan penyelesaian kepada kekeliruan yang ada, serta mencadangkan kajian lebih mendalam untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan kewangan guru di masa hadapan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-12-26
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Awang, A., & Ismail, A. (2024). KAJIAN RINTIS BERKAITAN PERSEPSI GURU SEKOLAH TERPILIH DI SHAH ALAM TERHADAP ALTERNATIF PINJAMAN WANG: KEWANGAN ISLAM VS. KONVENSIONAL. Jurnal ’Ulwan, 9(2), 190-207. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1794
