PENGARUH SIKAP PELAJAR DAN PENGAJARAN GURU TERHADAP PENGUASAAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR PPIB, UMS
Keywords:
Penguasaan Bahasa Arab, sikap pelajar, Pengajaran guruAbstract
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat pengaruh sikap pelajar dan pengajaran guru terhadap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian lapangan telah dilakukan terhadap 200 orang pelajar yang mengambil kursus bahasa Arab di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. Instrumen yang digunakan ialah set ujian dan set soal selidik. Tahap kewajaran ujian dan soalan dinilai dan diperakukan oleh pakar akademik sebelum kajian dilaksanakan. Data yang dikumpul dianalisis secara Deskriptif dan Inferensi dengan melibatkan ujian T tidak bersandar, korelasi Pearson dan regresi berganda. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan bahasa Arab pelajar berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga mendapati bahawa sikap pelajar dan persepsi pelajar bagi pengajaran guru berada pada tahap yang tinggi iaitu mencatatkan nilai skor min 3.66 dan 4.09. Selain itu, dapatan menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan responden lelaki dan perempuan bagi kedua-dua variabel sikap pelajar dan pengajaran guru. Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dengan penguasaan bahasa Arab, begitu juga dengan pengajaran guru dengan penguasaan bahasa Arab. Selain itu, analisis regresi mendapati bahawa pengajaran guru memberikan pengaruh yang besar iaitu sebanyak 48.1%, berbanding sikap pelajar iaitu 8.1% terhadap penguasaan bahasa Arab. Dapatan ini memberikan implikasi kepada pemantapan amalan pengajaran guru bahasa Arab dalam meningkatkan sikap yang positif untuk menguasai bahasa Arab sekali gus memperkasakan pencapaian dalam kalangan pelajar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2017-12-29
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Kassim, N., Ag. Damit, D. S., & Taat, D. M. S. (2017). PENGARUH SIKAP PELAJAR DAN PENGAJARAN GURU TERHADAP PENGUASAAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR PPIB, UMS. Jurnal ’Ulwan, 2(1), 125-142. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/183
