ANALISIS STATUS SOSIOEKONOMI RESPONDEN KAJIAN KESAN AGIHAN ZAKAT DI KUCHING SARAWAK
Keywords:
Zakat, Asnaf, Sosioekonomi, Sarawak, Kualiti HidupAbstract
Kajian ini menganalisis status sosioekonomi penerima zakat di Daerah Kuching, Sarawak, dan mengkaji kesan agihan zakat terhadap kehidupan mereka. Fokus kajian ini adalah kepada golongan asnaf fakir dan miskin, dengan objektif untuk menilai profil sosioekonomi mereka serta impak bantuan zakat yang diterima. Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan soal selidik yang melibatkan 265 responden yang terdiri daripada penerima bantuan zakat di daerah tersebut. Data yang dikumpulkan dianalisis secara statistik menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai corak perbelanjaan, pendapatan, serta cabaran sosioekonomi yang dihadapi oleh golongan asnaf ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun bantuan zakat telah memberi kesan positif kepada penerima, terdapat kekurangan dalam aspek pengurusan dan pengagihan zakat yang menyebabkan ketidakseragaman impak bantuan terhadap penerima. Kajian ini mencadangkan penambahbaikan dalam pengumpulan data penerima zakat serta penekanan kepada program pendidikan dan kemahiran bagi meningkatkan kualiti hidup asnaf. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi input berharga kepada pihak berkuasa zakat di Sarawak dalam merangka strategi agihan zakat yang lebih efektif di masa hadapan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-12-26
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mohamad Azri, M. M., & Towpek, H. (2024). ANALISIS STATUS SOSIOEKONOMI RESPONDEN KAJIAN KESAN AGIHAN ZAKAT DI KUCHING SARAWAK. Jurnal ’Ulwan, 9(2), 233-244. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1845
