FAKTOR PERAMAL YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI
Keywords:
Pelajar, Kesihatan Mental, Kesejahteraan Mental, Faktor PeramalAbstract
Isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar kini semakin membimbangkan dan telah menjadi suatu topik penting diperbincangkan. Isu ini memerlukan perhatian yang serius. Kajian ini menganalisis faktor peramal yang mempengaruhi kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti. Menggunakan kaedah tinjauan ke atas pelajar seramai 330 daripada pelajar Universiti Islam Selangor (UIS) dan Universiti Islam Melaka (UNIMEL). Soalan survey diedarkan secara atas talian menggunakan Google Form sekitar bulan Julai sehingga Ogos 2023. Data dapatan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) mendapati tekanan akademik adalah faktor penting ke atas memberi kesan kepada kesihatan mental pelajar (min=3.58). Diikuti dengan faktor teknologi (min=3.29), keseimbangan Emosi (min=2.86), perubahan hidup (min=2.69), keseimbangan Hidup (min=2.61), keadaan keluarga (min=2.38) dan perubahan Sosial dan hubungan (min=2.28). Implikasi kajian ini penting untuk pelajar, tenaga pengajar, dan juga universiti dalam merancang dan merangka intervensi atau perancangan sistematik yang berkesan untuk meningkatkan kesihatan mental pelajar. Implikasi kajian ini penting dalam mempromosi serta menggalakkan kefahaman serta pengetahuan berkaitan kesejahteraan mental pelajar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-12-26
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Dundai Abdullah, N. N., Rosli, H. F., Yusuf, N., & Ismail, A. (2024). FAKTOR PERAMAL YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI. Jurnal ’Ulwan, 9(2), 260-273. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1847
