PERLAKSANAAN MAQASID SYARIAH DAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS - SDG) DALAM PENGURUSAN ZAKAT DI MELAKA
Keywords:
Maqasid Syariah, SDG, Pengurusan, Agihan ZakatAbstract
Zakat dijelaskan di dalam Al-Quran secara umum dan tidak secara terperinci. Walau bagaimanapun dalam aspek agihan zakat, Al-Quran menyatakan dengan jelas zakat perlu diagihkan kepada lapan asnaf. Pelbagai kaedah dan pendekatan yang digunakan bagi memastikan pengurusan agihan zakat berjalan dengan lancar termasuk agihan zakat yang efisien. Bagi memastikan kelangsungan institusi zakat pada masa kini, pendekatan maqasid syariah dan Matlamat Pembangunan Mampan - Sustainable Development Goal (SDG) dilihat pendekatan terbaik yang boleh dilaksanakan. Justeru itu, objektif kajian ini akan membincangkan secara umum konsep maqasid syariah dan SDG. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan maqasid syariah dan SDG boleh dijadikan asas atau panduan kepada institusi zakat. Kajian ini mendapati bahawa secara umumnya skim pengagihan zakat yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mematuhi maqasid syariah dan selari dengan SDG. Skim bantuan yang disediakan oleh MAIM telah mencapai tujuh (7) sasaran pembangunan SDGs iaitu SDG 1, 2, 3, 4, 8, 11 dan 17. Kajian lanjutan boleh dilaksanakan dengan melakukan semakan dan penelitian terhadap pengurusan zakat di negeri-negeri di Malaysia termasuk skim agihan zakat berdasarkan pendekatan maqasid syariah dan SDG.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-12-26
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Baba, R., & Ramli, R. (2024). PERLAKSANAAN MAQASID SYARIAH DAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS - SDG) DALAM PENGURUSAN ZAKAT DI MELAKA. Jurnal ’Ulwan, 9(2), 274-285. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1848
