PERANAN WAKAF DALAM MENINGKATKAN TARAF EKONOMI UMAT ISLAM KHUSUS DALAM SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA

Authors

  • Muhammad Hilmi Mat Johar Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Islam Melaka, Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia
  • Siti Aminah Mat Saad Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Islam Melaka, Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia

Keywords:

Wakaf, Pembasmian Kemiskinan, Pertanian, Pembangunan Ekonomi

Abstract

Wakaf merupakan ibadat sunat dalam syariat Islam dan sebagai satu instrumen yang terpenting dalam membangunkan ekonomi umat Islam. Ia bertindak sebagai mekanisme agihan semula kekayaan dalam kalangan masyarakat. Ia memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah penyisihan sosial seperti pengangguran, pendapatan rendah, kemiskinan dan sebagainya. Di Malaysia, dana dan harta wakaf yang ada seperti wakaf masjid, wakaf saham, wakaf tanah perkuburan, tanah pertanian dan banyak lagi. Projek pembangunan ekonomi yang diusahakan seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, tempat ibadat dan pembasmian kemiskinan dalam kalangan masyarakat adalah hasil daripada pelaksanaan wakaf. Majlis Agama Negeri secara rasminya merupakan pengurus harta-harta wakaf yang terdapat di Malaysia. Di samping itu, terdapat beberapa institusi lain yang terlibat dalam pengurusan wakaf di Malaysia seperti Jabatan Zakat, Wakaf dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM). Kertas kerja ini membincangkan tentang kaedah yang dilaksanakan oleh institusi-institusi pengurusan wakaf di Malaysia dalam sektor pertanian dan analisis berkaitan kaedah yang digunakan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa wakaf pertanian yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri dan institusi-institusi yang terlibat mampu menjana pendapatan bagi golongan yang kurang berkemampuan khususnya dan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara secara amnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-24

How to Cite

Mat Johar, M. H., & Mat Saad, S. A. (2024). PERANAN WAKAF DALAM MENINGKATKAN TARAF EKONOMI UMAT ISLAM KHUSUS DALAM SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA. Jurnal ’Ulwan, 9(2), 296-310. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1854